Inilah SKS Ku!

Inilah SKS Ku!

Arkib Blog

Sabtu, 14 Mac 2009

Bola Baling Kekalkan Rentak

Salam,
hmmm bola baling...tahniah diucapkan kepada pemain pasukan lelaki dan perempuan kerana berjaya mengekalkan momentum sebagai Naib Johan Kelompok pada tahun ini. Dengan latihan yang agak singkat, keputusan ini merupakan yang terbaik dan yang penting ada pingat...hehehe.

Juga tahniah kepada Adam, Saiful Hanif, Amirul Farid dan Nur Anis Atira yang terpilih ke peringkat Daerah yang akan diadakan 4.4.2009 nanti. Harap nama SKS dapat dijulang sekali lagi di sana nanti.

Bye...

Nota: Team lelaki dah 4 tahun Naib Johan. Nasib2...

Olahraga SKS Johan Kelompok, Cemerlang Daerah

Salam,

Wah...Johan lagi? Itulah SKS. Tak pernah jemu dengan kecemerlangannya. Kali ini Johan Kelompok 7 pula. Kita sekali lagi berjaya menewaskan musuh tradisi SK Khir Johari dengan pungutan 5 emas dan 2 perak. Satu pencapaian yang cukup baik bagi cikgu (maklumlah cikgu yang latih).

Tahniah kepada Saiful Hanif (2 emas), Liyana Aqilah (1 emas, 2 perak), Nik Nur Nasuha (1 perak) dan kuartet 4x200m lelaki dan perempuan (juga emas).

Kecemerlangan ini diteruskan di peringkat daerah di mana 2 emas dan 1 perak berjaya dikumpul (SKS aje tau). Tahniah kepada putera dan puteri SKS atas kejayaan ini. Harap2 dapatlah wakil ke peringkat negeri pula ye!

Nota: Bekas olahragawan sekolah 1993. Rindu kenangan tu.

Bola Jaring Ke-3 Daerah

Salam....

Tahniah sekali kepada team bola jaring SKS kerana berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat daerah yang diadakan di SK Tanjung Bayan pada hujung bulan Januari lepas. SKS telah menjadi juara kumpulan B dengan menewaskan kesemua pasukan. Malangnya pada peringkat separuh akhir, SKS telah tewas tipis dengan SK Selebak dengan jaringan 10-9. 

Sebelum ke daerah, SKS telah menjadi Johan Kelompok 7 pada perlawanan yang diadakan di SK Selekoh. Dalam peringkat ini, 3 kemenangan dan 1 seri dicatatkan.

Tahniah juga kepada Nurul Natasa dan Nur Anis Atira kerana berjaya terpilih ke peringkat negeri.
Di sana, Hilir Perak sekadar mendapat tempat ke-4. Walaubagaimanapun tahniah....ada juga sijil negerikan?

Kayyyyy...jumpa lagi!

Maaf Lama Menyepi

Salam,
Maaf le sebab lama menyepi. Bukannya apa, talian di sekolah mempunyai masalah. Jadi x dapat nak access blog ni. So macam mana? Kita akan teruskan blog kita ni insyaallah macam biasa (kalau x ada aral). 

Banyak lagi kejayaan SKS yang ingin diceritakan bagi tahun ini. Nantikan yer....!

Jumaat, 5 September 2008

UPSR semakin hampir

Hmm...macam mana rasanya yer UPSR dah tinggal 3 hari lagi...mesti rasa macam tak cukup lagi je study kan? rasa macam banyak lagi belum dibaca...

Semua tu perasaan biasa yang kita akan rasa bila menghadapi exam..tak kira lah UPSR ke..PMR ke..SPM ke..malahan kat U pun sama.

Yakin lah pada diri dan tawakal...doa mintak kat Allah supaya hati terus terbuka masa menjawab soalan nanti...k selamat berjaya...!

Isnin, 18 Ogos 2008

SKS Johan Kuiz Kesihatan Negeri

Tahniah...tahniah...setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada hero dan heroin kita kerana berjaya mengekalkan momentum diperingkat daerah hingga ke peringkat negeri. Dah masuk kebangsaan ni cubalah yang terbaik bagi dapat kebangsaan pula.

Teruskan usaha...caiyuk...caiyuk...!

Tahniah buat Faeeqah, Aina, Harith dan Adam

Rabu, 6 Ogos 2008

Perjumpaan dengan ibubapa

Hhmm...macam mana? Ibu bapa masing-masing dah tengok dan tahu apa kita buat di sekolah. Jadi jangan patah semangat. Teruskan usaha, cikgu yakin you all boleh buat.

Tahniah Anak-anak Pra-Sekolah SKS

Wah...kecil-kecil cili padi, itulah yang dapat digambarkan pada anak-anak kecil SKS ini atas kejayaan menewaskan musuh tradisi SKKJ dalam acara Tarian Tradisional dan Mewarna pada Karnival Pra Sekolah Peringkat Daerah di SK Perwira.
Adiossss...!

Selasa, 29 Julai 2008

UPSR...susah ker?

Macam-macam tekanan yang diberikan...hhmm apa anda rasa? susah ke nak capai impian? susah ke nak dapat 5A? Sila komen...!

Tahniah Team Kuiz Kesihatan

Tahniah...buat faeeqah, harith dan aina atas kejayaan anda. Teruskan pula untuk peringkat negeri nanti. Jangan mengalah sebelum berjuang.

Yang lain-lain tak kan tak ada komen tentang kejayaan mereka...komen sikit k!

Kuiz Kesihatan Negeri

Kuiz Kesihatan Negeri

Karnival Pra Sekolah

Karnival Pra Sekolah